Pagi tadi bangun pukul 5.33 pagi. Bukan main lambat lagi aku dengan Nad tidur malam tadi. Ingat nak tidur awal, boleh lah bangun besok pagi mata segar. Mandi, siap-siap. Pukul 6.30 pagi aku, Nad, Shila, Linda, Amal gerak gi Unit Sukan. Kena kumpul dekat situ and then naik bas terus blah pergi satu tempat nie. Ape ntah nama dye. Teruk betul aku nie, langsung tak ingat nama tempat tu. Memang sejuk giler pagi tadi sebab hujan renyai-renyai. Dalam pukul 7 lebih, kitorang kumpul and ada taklimat pasal perjalanan hari ni. Bla bla bla, pakai Life Jacket, ambil Paddle, angkat Kayak dengan Nad. Sangatlah berat itu kayak.
Naik je kayak, bukan main happy lagi dok dayung kayak tu. Haha, yang best nye terpusing-pusing kitorang. Biaselah, first time kot kayak kat laut nie. Marshall dekat situ bukan main hamdsome lagi. Haha, duduk kayak sebelah kitorang sebab kitorang kayak bapaklah lambat. Orang semua dah dekat depan. Haha, pape pon cool je. Sampai je satu masa nie, dah tak larat sangat, sorang Marshall tu tanye kitorang. "Larat lagi tak?" Memang kitorang tak larat lah kan nak gerakkan kayak tu sampai 5 kilometer. Aigoo. Marshall tu dekatkan kayak dye dengan kitorang. Dye pegang kayak kitorang rapat-rapat. Duduk bersembang lagi.
Dye cakap, " Jap lagi kalau bomba tu tanye, cakap korang mabuk laut tau. Jangan cakap korang tak larat. Nanti dorang tak bagi naik bot karang. " Time tu kitorang okay je. Just penat nak mampos.
Aku gi tanye dye " Macam mana rupa mabuk laut ah? " Dye cakap " Ala, pening-pening, mual-mual, mabuk laut lah tu " Tibe-tibe aku terasa pening kepala. Aku cakaplah " Aik, macam terasa pening je nie"
Bot marin datang. Haha, tak naik pon bot bomba. Bot marin lagi best. Abang-abang yang ada dalam bot tu duduk melawak bukan-bukan. Naik je bot tu, lagi lah pening kepala aku nie. Lagi better duduk dalam kayak. Dalam kayak tak de lah pening. Bukan main aku muntah lagi naik bot tu. Ada lah dalam 3 4 kali. Nad gosok aku punye belakang, lagi banyak aku muntah. Tapi legalah muntah. Bila nak sampai je, kitorang kayak sampai lah ke darat. Time tu bukan main laju lagi kitorang kayak. Straight pulak tu. Aik, macam celaka je. Kalau straight dari first kan senang.
Memang penat sangat hari nie, tapi best sangat. Dah dapat experience kayak kat laut. Rasenye lepas nie kalau nak mintak aku berkayak dekat laut, ohhh! Aku taknak dah! Tasik tak pe. Dahlah ombak kuat bukan main. Haha, tapi best sangat hari nie. Alhamdulillah, dah selesai aktiviti kayak hari nie.
Thank you Nurul Nadiah kerana kita menjadi partner untuk kayak and berusaha juga sampai ke akhir :)