Wednesday, November 16, 2011

What an experience.

Semalam after baca blog Una pasal tangan Tasnim tersepit, memang rezeki aku pulak tersepit tangan dekat pintu kereta. Bengkak tangan aku. hahaha. Tadi sampai je rumah atok, nampak ramai orang dekat bawah. Ingatkan accident. Rupanya, jeng jeng jeng! Ada budak lelaki tingkatan dua sekolah wangsa maju kena sampuk. Pergh, berlari aku pergi sana dengan mak ayah aku. Seram giler. Macam-macam betul. Hesh, depan mata aku tengok. Kawan-kawan dia pegang tangan dia, kaki dia, badan dia, and ada sorang abang ni pegang bahu dia and kepala dia. Takut dia lari. Budak tu berlari dari sekolah dengan kaki ayam sampai ke rumah atok. Budak ni dah kena sampuk dekat sekolah. Pastu lari dari sekolah. Bukan dia saja-saja lari. Benda tu haa. Uish, jauh tu. Kawan-kawan dia duk kejar dia sampai dapat. Nasib baik dorang ni kuat lari. Kalu tak, entah hilang ke mana budak tu. Abang and kakak dia satu sekolah dengan dia. Dorang pun duk kejar jugak dia. Abang dia azan dekat telinga dia. Meraung ohh dia. Seriau betul dengar. Ayah dengan emak tolong jugak. Bila kitorang datang je, bukan main ramai lagi himpun dekat situ. Emak suruh panggil pakcik tu lah, pakcik ni lah. Yang pakcik tu tak nak turun pahal? Aduh. Apelah. At last, cikgu dia datang bawak pergi somewhere. Pergh, memang pengalaman lah depan mata sendiri.


Okay, yang bawah ni, aku akan tulis selagi boleh ;)

Paranormal Activity 3 sumpah gilaa. Tu lah cerita yang tak membazir daripada Paranormal Activity 1 & 2. Sumpah seram gilaa. Siap tengok 2 kali lagi.

Good luck Kaiyisah untuk esok. Semoga anda berjaya mengingat jalan yang penuh liku dan cabaran ! And janganlah enjin mati tengah-tengah jalan. Naye :)

And good luck Wan untuk esok exam Mathematics. Make sure buat semua soalan eh. Yang bumi tu pun, jangan tinggal. Do your best ! :)

Rumah dah senyap dah ni. Semua dah tidur. Tinggal aku je. Nak update blog before tidur sebab malam ni last internet :) 

About UiTM, memang tak puas hati betul dengan jadual aku semester ni. Hari jumaat kelas sampai 6.30 petang. Tak dapat nak balik rumah awal. Haishh. Kesian dekat lecturer kitorang, mesti nanti ramai yang ponteng kelas dia kan? Barang tak packing lagi. Baju tak basuh lagi. Barang tak beli lagi. Senang cerita, tak ready papae lagi untuk balik ke Melaka. Pelik betul, ramai yang tak sabar nak balik UiTM. Asal? Kalau boleh nak je cuti 2 bulan lagi ke. Kan best.